3 Website Profesional Foto Anda Boleh Ambil Secara Percuma

3 Website Profesional Foto Anda Boleh Ambil Secara Percuma

Gambar memainkan peranan yang sangat penting dalam sesuatu bahan bacaan tidak kira di dalam buku, artikel, jurnal, blog atau website. Tujuan memasukkan gambar dalam sesuatu bahan bacaan adalah untuk menarik minat pembaca dan mengelakkan pembaca tersebut bosan.

Zaman internet sekarang ni, sangat mudah untuk dapatkan gambar percuma yang berkualiti. Hanya perlu Google je, tak perlu anda penat-penat photoshoot gambar untuk dijadikan bahan. Tapi anda perlu berhati-hati. Silap mengambil sesuatu gambar percuma, anda boleh dikenakan saman kerana isu copyright. Memang mudah mengambil gambar percuma je tapi sangat bahaya jika kantoi.

Jadi untuk mengelakkan anda melanggar undang-undang sebab ‘mencuri’ gambar tanpa sengaja, ada website yang boleh memberikan anda gambar percuma yang sangat cantik dan berkualiti. Tidak seperti website shutterstock atau getty images yang perlu anda bayar untuk dapatkan gambar, website yang akan saya senaraikan akan memberikan anda gambar percuma yang anda inginkan. Berikut adalah website yang menawarkan gambar percuma:

1. Unsplash 

Unsplash menawarkan lebih daripada 300,00 gambar percuma yang beresolusi tinggi yang ditangkap oleh jurugambar seluruh dunia. Terdapat banyak kategori gambar percuma yang boleh anda pilih contohnya landscape, food, fitness dan banyak lagi. Anda tidak perlu pun beri kredit untuk gambar tersebut. Tetapi kalau nak letak kredit pun boleh.

3 Gambar Percuma Untuk Anda

2. Pixabay

Pixabay adalah website antarabangsa untuk berkongsi sesuatu gambar, illustrasi, grafik vektor dan rakaman filem. Pixabay ditubuhkan oleh Hans Braxmier dan Simon Steinberger pada tahun 2010 di Jerman. Walaupun gambar-gambar di Pixabay boleh digunakan secara percuma tetapi ianya tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya. Contohnya, anda tidak boleh guna gambar orang sebagai bahan promosi anda. Untuk tahu lebih lanjut, boleh baca di sini.

3 Gambar Percuma Untuk Anda

3. Pexels

Pexels menyediakan gambar percuma yang berkualiti yang dilesenkan dibawah lesen Creative Common Zero (CC0). Semua gambar percuma telah dikategorikan dengan baik dan senang dicari. Dianggarkan lebih kurang 3,000 gambar percuma ditambah setiap bulan.

3 Gambar Percuma Untuk Anda

Jadi anda dah tau dah kat mana anda boleh dapatkan gambar percuma. Anda diberi pilihan untuk beri atau tidak  kredit untuk guna gambar tersebut. Tapi, kalau saya, saya beri kredit. Sebabnya adalah sebagai tanda terima kasih saya kepada mereka sebab guna gambar mereka secara percuma. Bak kata orang, orang berbudi kita berbahasa 😀

Selain itu, jika anda pakar dalam fotografi, anda juga boleh hantar hasil gambar anda kepada mereka. Anda boleh explore website tersebut untuk mengetahui cara-cara menghantar gambar.

Kredit Featured Image: Markus Spiske

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *