5 Tips Pilih Nama Domain Yang Terbaik Untuk Perniagaan Anda

5 Tips Pilih Nama Domain Yang Terbaik Untuk Perniagaan Anda

Nama domain sangat perlu jika anda ingin buat website ataupun blog. Ianya adalah perkara yang paling penting untuk website atau blog kerana pelawat akan mengenali nama domain anda sebelum mereka masuk ke website atau blog anda. Atau dengan kata lain ianya adalah ‘first impression’ bagi website atau blog anda.

Anda tak boleh pilih nama ikut sesuka hati je, takut nanti menyesal di kemudian hari sebab nama domain tak boleh ditukar selepas sudah beli. Nak tak nak, anda perlu beli domain baru jika tidak mahu guna domain yang lama. Dan anda perlu ingat jika anda gunakannya dalam perniagaan anda, anda pastinya akan menggunakan domain tersebut dalam jangka waktu yang lama. Jadi pastikan anda pilih dengan sebaiknya. Jadi jom baca 5 tips pilih nama domain yang terbaik:

1. Mudah disebut

Nama domain yang mudah disebut, senang diingati oleh pelawat laman web atau blog anda. Anda jangan letak nama macam nama pemain bola yang berbelit lidah nak menyebutnya macam Sokratis Papastathopoulos, Jakub Blaszczykowski dan sebagainya. Contoh mudah disebut adalah sitemalaysia.com (Site Malaysia), www.zalora.com.my (Zalora) dan lain-lain. 

2. Pendek dan ringkas

Untuk pilih nama, tidak perlu buat perkataan yang panjang. Kalau boleh, pilih nama yang pendek dan ringkas sahaja. Sebagai contoh, www.airaisa.com (Air Asia), shoopee.com.my (Shopee) dan lain-lain.

3. Kalau boleh letakkan keyword

Keyword memainkan peranan besar dalam SEO. Lebih-lebih lagi kalau domain anda mempunyai keyword. Jadi bila orang cari sesuatu di google berkemungkinan website atau blog anda akan muncul di hadapan enjin pencari jika kena dengan keyword yang mereka taip. Contoh jika mereka cari baju batik, nama domain anda mungkin muncul di hadapan enjin pencari jika nama domain anda mempunyai perkataan ‘batik’.

4. Menggunakan ulangan huruf

Menggunakan ulangan huruf akan membuatkan nama domain anda nampak menarik, sedap didengar dan mudah diingat. Contoh yang dapat kita lihat adalah:

  • Ulangan huruf pertama: Air Asia, Fire Fly, Coca-cola
  • Ulangan huruf terakhir: Tutti Frutti, Kit Kat, Johnson Johnson

5. Elak menggunakan simbol atau nombor

Penggunaan simbol atau nombor di dalam nama domain akan mengelirukan pelawat laman web anda. Contohnya jika nama domain anda good2body.com, orang mungkin akan taip goodtobody.com. Sama juga seperti simbol. Sebab itu kita kena elakkan supaya tak menyusahkan pelawat laman web anda untuk ingat domain anda.

Itulah 5 tips yang dapat saya kongsikan. Jika ada tips lain, anda boleh berikan di ruangan komen. Orang kata sharing is caring.

Sebut pasal sharing, saya nak share 10 keyboard shortcut yang mungkin boleh senangkan kerja anda menaip. Klik disini.

Featured Image by: Pixabay

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *