5 Tips Untuk Blogger Supaya Blog Anda Di Baca

5 Tips Untuk Blogger Supaya Blog Anda Di Baca

Anda sebagai blogger semestinya mengambil masa yang lama untuk menyiapkan satu artikel blog. Selain itu, seorang blogger juga mengambil masa untuk mencari idea atau bahan untuk ditulis di dalam blog. Seorang blogger mahukan artikelnya dibaca di blognya. Jadi pastikan masa yang anda luangkan untuk menulis di blog tidaklah sia-sia begitu sahaja. Ini ada 5 tips untuk blogger supaya blog anda di baca oleh pelawat:

1. Topik yang menarik

Kaji dahulu topik apa yang pelawat blog anda hendak baca dan jadikannya topik yang menarik. Anda boleh stalk blog yang sama dengan industri atau produk anda dan dari situ anda boleh lihat topik mana yang paling banyak dibaca oleh pelawat blog mereka. Tapi janganlah salin semula artikel blog mereka. Anda boleh rujuk dan tulis artikel blog mengikut kreativiti anda.

Selain itu, anda juga boleh gunakan Keyword Planner untuk melihat topik apa yang pelawat internet selalu cari. Jadi di situ, anda boleh lihat keyword yang paling tinggi untuk dijadikan topik blog anda.

2. Jangan menjual!

Blog adalah tempat untuk bercerita. Contohnya adalah perkongsian pengalaman, idea, tutorial dan sebagainya. Asalkan ianya tidak menampakkan sebarang bentuk pengiklanan. Pelawat blog suka untuk membaca tentang pengalaman seseorang, idea, tutorial dan sebagainya. Jangan biarkan mood pembaca terjejas disebabkan hard sell pengiklanan.

3. Tulis artikel blog dengan betul dan kemas

Jangan lupa semak semula artikel blog anda dari segi gaya bahasa, tulisan, ejaan dan lain-lain. Pastikan tiada kesalahan atau typo dalam artikel blog anda. Ini akan meningkatkan kredibiliti anda sebagai blogger yang ada kualiti. Untuk nampak kemas, anda boleh ikut cara ini:

  • Bold┬átajuk kecil anda
  • Gunakan bulleted points
  • Tulis perenggan pendek
  • Gunakan ayat-ayat yang mudah difahami dan pendek
  • Masukkan keyword supaya artikel blog anda senang dijumpai

Berikan gambaran kepada pembaca blog anda dengan menggunakan sesuatu perkataan untuk menunjukkan karakter, identiti atau bentuk. Contohnya daripada menggunakan ayat ini, “Bangunan ini sangat tinggi,” berikan gambaran yang jelas kepada pembaca blog anda seperti ini, “Bangunan ini tingginya 10 tingkat.”

4. Tuliskan tajuk yang menarik perhatian pembaca blog

Tajuk yang menarik perhatian pembaca blog anda membuatkan artikel anda dibaca sepenuhnya. Anda boleh gunakan nombor, tanya atau amaran. Contohnya:

  • Nombor = 5 Tips Menghilangkan Jerawat
  • Tanya = Kenapa Gula Boleh Menggemukkan Anda?
  • Amaran = Bahaya Tidak Mematikan Enjin Ketika Mengisi Minyak

5. Anda tidak perlu menjadi seorang penulis

Mesti anda pelik kan? Kenapa menjadi blogger tidak perlu menjadi penulis? Sebenarnya jika anda sibuk, anda boleh mengupah ghostwriter untuk tuliskan artikel blog anda. Ghostwriter ini adalah penulis upahan. Anda boleh upah ghostwriter ini untuk tuliskan artikel blog anda, ebook dan sebarang jenis penulisan. Anda boleh cari ghostwriter ini di Mr. Google sahaja.

Nak nama domain sendiri sekali dengan web hosting? Saya sedia bantu anda, klik disini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *