Cara Link Alamat Email Di Website Dan Blog

Cara Link Alamat Email Di Website Dan Blog

Ada orang tanya saya, macam mana nak link alamat email kita di website ataupun blog kita. Fungsi kita link alamat email kita di website ataupun blog adalah untuk membolehkan orang hantar email kepada anda dengan hanya klik sahaja. Mereka tidak perlu untuk buka email dan masukkan alamat email anda.

Caranya sama sahaja untuk kita link URL ke website lain cuma penulisan kod sahaja berbeza. Untuk link URL ke website lain, caranya adalah klik pada icon ‘insert link’ di bahagian toolbar (yang bertanda kotak merah) dan masukkan link yang penuh termasuk http:// atau https://. Cara yang mudah adalah anda buka new tab dan pergi website atau blog anda. Selepas itu, copy URL dan paste di dalam ruangan insert link tersebut. Contoh seperti gambar dibawah:

Cara Link Alamat Email di Website ataupun Blog

Link alamat email menggunakan mailto

Untuk cara link alamat email di website ataupun blog kita pula adalah masukan perkataan ‘mailto:’ di hadapan link tersebut. Tidak perlu masukkan http:// atau https://. Selepas anda masukkan perkataan ‘mailto:’, masukkan pula nama email anda. Jika anda tulis alamat email anda dan ingin masukkan link, WordPress akan automatik masukkan link mailto tersebut. Tetapi jika anda tulis perkataan lain ataupun gambar, anda kena masukkan link mailto secara manual. Contoh seperti gambar dibawah:

Cara Link Alamat Email di Website ataupun Blog

Tetapi sedikit kelemahan menggunakan link mailto ini adalah email anda mungkin akan dibanjiri dengan email spam. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, anda mungkin boleh cuba gunakan ‘contact form’.

Itu sahaja perkongsian saya berkenaan cara link alamat email di website ataupun blog. Selain tu, saya juga ada kongsikan cara link WhatsApp dan link Messenger di website atau blog kita. Kalau anda nak tahu boleh klik link WhatsApp dan Messenger yang telah dibirukan..hehe.. Semoga perkongsian ini akan membantu anda untuk menguruskan website ataupun blog.

Nak nama domain sendiri sekali dengan web hosting? Saya sedia bantu anda, klik disini

Anda ada cadangan yang ingin anda tambah ataupun soalan yang ingin ditanya? Kongsikan cadangan atau soalan anda di bahagian komen di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *