Cara Link Messenger di Website Supaya Pelawat Mudah Chat

Cara Link Messenger di Website Supaya Pelawat Mudah Chat

Siapa pernah klik link Messenger untuk chat seseorang di website, blog media sosial lain? Di artikel ini saya akan tunjukkan tutorial atau cara link Messenger di website supaya memudahkan pelanggan anda chat dengan anda,  Pada artikel yang lepas, saya ada tunjukkan cara link WhatsApp di website untuk memudahkan pelanggan menghubungi kita. Kali ini, saya akan tunjukkan pula cara link Messenger di website. Tujuannya sama sahaja iaitu untuk memudahkan pelawat atau pelanggan menghubungi anda dengan satu klik sahaja.

Jika anda mempunyai website atau blog, bahagian yang penting adalah bahagian ‘Hubungi Kami’ atau ‘Contact Us’. Kalau tidak ada bahagian ini, macam mana bakal pelanggan anda atau pelanggan anda hendak menghubungi atau mengenali anda, betul tak? Dekat bahagian ini, anda perlu letakkan cara untuk menghubungi anda sama ada menggunakan WhatsApp, Messenger, email atau media sosial lain.

Gunakan username untuk link messenger

Untuk cara link Messenger di website, tidak banyak coding seperti WhatsApp. Ianya pendek sahaja. Coding untuk link Messenger di website supaya bakal pelanggan atau pelanggan kita boleh PM melalui Messenger adalah:

m.me/username

Perkataan username itu, anda gantikan dengan username Messenger anda. Terpulang pada anda untuk gunakan FB profile anda atau FB page anda. Tetapi lebih baik anda gunakan FB page perniagaan anda jika tujuan anda untuk menjual.

Saya nak link messenger saya tapi dekat mana nak tengok username Messenger saya?

Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang tak tahu. Takpela, saya beritahu je. Anda boleh tengok username Messenger anda di Messenger Apps anda. Dekat bahagian atas sebelah ‘search’ di bahagian kiri, anda tekan anda punya gambar profile anda yang berbentuk bulat. Dekat bahagian setting profile anda itu, ada bahagian username. Itulah username Messenger anda.

Nak tengok jadi ke tidak, cuba anda klik link ini: Faris Naqib

Anda akan dibawa ke Messenger untuk berhubung dengan saya. Selamat mencuba.

Nak nama domain sendiri sekali dengan web hosting? Saya sedia bantu anda, klik disini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *