Cara Link WhatsApp di Website Supaya Mudah Pelawat Chat

Cara Link WhatsApp di Website Supaya Mudah Pelawat Chat

Artikel pada kali ini, saya nak kongsikan cara untuk link WhatsApp di website. Sebab apa? Zaman telah berubah. Begitu juga dengan cara kita berkomunikasi. Jika dulu kita pakai SMS untuk berkomunikasi, kini dikatakan hampir semua menggunakan aplikasi WhatsApp terutamanya di Malaysia. Ramai yang menggunakan WhatsApp untuk berkomunikasi kerana WhatsApp memberikan beberapa kelebihan, antaranya: 

  • WhatsApp percuma untuk digunakan, hanya download sahaja. (Tapi nak guna kena ada data atau wifi..hehe)
  • WhatsApp kita boleh buat group. (Group keje, group keluarga, group member dan macam-macam lagi la)
  • Hantar mesej ke semua nombor kenalan kita dengan hanya satu klik menggunakan broadcast.
  • Mesej dalam bentuk gambar, audio atau pdf. 
  • Boleh digunakan di laptop atau komputer.

Disebabkan kelebihan WhatsApp inilah ramai yang menggunakannya. Oleh sebab itu, ramai usahawan terutama usahawan online telah mengambil peluang dengan menggunakan WhatsApp antara medium komunikasi antara penjual dan pelanggan.

Tetapi ada sedikit kesukaran buat pelanggan untuk chat di WhatsApp dengan penjual iaitu pelanggan kena save nombor telefon kita (penjual) dulu, baru boleh chat di WhatsApp. Kadang-kadang ada pelanggan yang malas nak save nombor telefon kita (penjual) dan disebabkan itu kita dah rugi beberapa pelanggan. 

Jadi untuk memudahkan pelanggan chat di WhatsApp, kita boleh link WhatsApp dan link WhatsApp ini akan membawa terus pelanggan ke ruangan chat WhatsApp tanpa save nombor telefon kita (penjual). Mudah kan! Jika anda mudahkan pelanggan anda, ada potensi besar pelanggan tersebut akan membeli daripada anda. 

Untuk create link WhatsApp di website, hanya perlu masukkan URL ini sahaja:

https://api.whatsapp.com/send?phone=6(No. telefon WhatsApp anda)

Contoh: https://api.whatsapp.com/send?phone=60123456789

Nota: 6 adalah nombor kod telefon di Malaysia. Hanya ubah teks berwarna merah. Warna hijau adalah perkara yang sudah diubah.

Untuk create link WhatsApp beserta dengan teks, masukkan URL ini:

https://api.whatsapp.com/send?phone=6(No. telefon WhatsApp Anda)&text=[text]%20[text]%20[text]%20[text]%20[text]%20[text]%20[text]

Contoh: https://api.whatsapp.com/send?phone=60123456789&text=Saya%20berminat%20dengan%20Baju%20Melayu%20Cekak%20Musang

Nota: Hanya ubah teks berwarna merah. Warna hijau adalah perkara yang sudah diubah.

Selesai.. Semudah itu sahaja. Jadi lepas ni dah tak payah susahkan pelanggan nak kena save nombor anda dulu kerana anda sudah link WhatsApp di website anda. Ini kerana pelanggan mahukan sesuatu yang cepat dan mudah. Dengan cara link WhatsApp di website anda, mungkin akan meningkatkan jualan anda. Selain itu, anda juga boleh letakkan link messenger juga. Cara untuk link messenger anda boleh baca di sini. Semoga berjaya! 

Untuk keterangan lanjut boleh refer FAQ WhatsApp berkaitan dengan link ini.

Anda ada cadangan yang ingin anda tambah ataupun soalan yang ingin ditanya? Kongsikan cadangan atau soalan anda di bahagian komen di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *