Cara Mudah Submit URL Di Google Search Console

submit url

Antara salah satu cara untuk naikkan SEO kita adalah dengan submit URL website atau blog kita di Google Search Console. Tujuan kita submit URL adalah untuk ‘memberitahu’ Google bahawa website atau blog kita wujud supaya orang dapat jumpa website atau blog kita apabila buat carian. Jadi sangat penting untuk kita submit URL kita untuk naikkan lagi SEO kita.

Ada 5 (lima) cara untuk kita submit URL kita di Google Search Console iaitu:

  1. HTML file upload
  2. HTML tag
  3. Domain name provider
  4. Google Analytics
  5. Google Taq Manager

Setiap cara itu adalah berbeza. Saya akan tunjukkan kelima-lima cara tersebut untuk kita submit URL kita.

1. HTML file upload

Kebiasaanya cara ini adalah cara submit URL yang disyorkan oleh Google Search Console. Tetapi boleh juga kita submit URL kita menggunakan cara yang lain seperti senarai yang saya sebutkan di atas.

Untuk submit URL kita menggunakan cara HTML file upload adalah:

  1. Download ‘this HTML verification file‘ (link yang anda perlu tekan)
  2. Upload file yang anda dah download ke website atau blog anda.
  3. Apabila sudah berjaya upload, buat pengesahan dengan pergi ke (link akan diberikan) di browser anda.
  4. Klik ‘Verify‘ di bawah

submit url

p/s: Untuk kekal verified, jangan keluarkan atau pindahkan HTML tersebut walaupun selepas berjaya verification.

2. Domain Name Provider

Jika anda gunakan cara ini untuk submit URL anda, anda perlu sign in ke domain name provider anda. Contohnya GoDaddy.com, Namecheap.com, Wix.com dan lain-lain.

submit url

3. Google Analytics

Untuk submit URL menggunakan Google Analytics, anda mesti menggunakan asynchronous tracking code. Code tersebut  mestilah diletakkan didalam <head> section  di page anda. Selepas itu, and kena edit permission untuk Analytics web property anda.

submit url

4. Google Tag Manager

Jika anda ingin menggunakan Google Tag Manager pula, anda mesti menggunakan container snippet dan anda perlu ada ‘manage‘ permission untuk Tag Manager container.

submit url

5. HTML Tag

Cara ini adalah cara yang saya pilih sebab bagi saya ianya mudah. Hanya perlu copy dan paste sahaja. Nak tau macam mana? Ikut tutorial dibawah:

Tutorial mudah submit URL menggunakan cara HTML Tag

Langkah 1: Pergi ke Google Search Console

Langkah 2: Masukkan URL website atau blog (rujuk pada gambar)

Langkah 3: Klik pada ‘ADD A PROPERTY’

submit url

Langkah 4: Klik pada alternate method

Langkah 5: Pilih HTML Tag dan salin (copy) meta tag tersebut.

submit url

Langkah 6: Masuk ke dalam dashboard website atau blog anda dan install plugin “Insert Headers and Footers”

submit url

Langkah 7: Selepas plugins tersebut sudah install dan activate, pergi ke bahagian Settings dan pilih Insert Headers and Footers di bahagian Settings tersebut.

Langkah 8: Di bahagian settings Insert Headers and Footers, masukkan meta tag yang sudah salin (copy) tadi di dalam kotak bahagian Scripts in Header. Kemudian, klik Save.

submit url

Langkah 9: Pergi semula ke bahagian Google Search Console. Klik Verifysubmit url

Langkah 10: Selepas klik Verify, akan keluar paparan yang website atau blog anda sudah berjaya verify

Submit url

Jadi macam mana? Senang kan.. Jika anda ada cara senang lagi, boleh kongsikan di ruangan komen. Atau jika ada sebarang soalan, boleh kongsikan juga di ruangan komen.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *