Cara Paparkan ‘Maintenance Mode’ di Website

Cara Paparkan 'Maintenance Mode' di Website

Apabila anda pergi ke sesuatu website, anda pernah nampak tak di website itu mengatakan “Our site is under maintenance” atau ayat lain yang membawa maksud yang sama. Jika anda nampak paparan seperti itu, jangan marah ataupun kecewa sebab website tersebut ingin melakukan pembaharuan atau penambahbaikan. Artikel ini akan membantu anda yang mempunyai website untuk paparkan ‘Maintenance Mode’ di website sekiranya anda ingin update sesuatu pada website anda. Jadi takdelah orang nampak proses renovation website anda tu.

Langkah 1: Tetapan di bahagian General

Anda perlu install dan activate plugin WP Maintenance Mode. Selepas anda activate, pergi ke bahagian Settings » Maintenance Mode untuk buat tetapan.

Cara Paparkan 'Maintenance Mode' di WordPress

Anda akan nampak 3 bahagian iaitu General, Design, Modules dan Manage Bot. Di bahagian status, anda perlu setkan ‘Activated’ untuk aktifkan paparan maintenance mode. Jika anda sudah selesai renovate website anda, setkan kembali kepada ‘Deactivated’.

Jika anda mahu search engine dapat lihat website anda ketika dalam maintenance mode, set kepada Yes di bahagian ‘Bypass for Search Bots’. Jika anda tidak pasti tentang ini, biarkan sahaja.

Ketika maintenance mode anda boleh akses dan masuk ke bahagian dashboard WordPress dengan set bahagian Frontend Role dan Backend Role kepada Administrator.

Langkah ke-2: Tulis dan pilih paparan anda

Di bahagian Design, anda boleh tulis ayat dan juga gambar paparan mengikut kreativiti anda sendiri. Anda perlu isikan di bahagian Title, Heading dan juga maklumat di bahagian Text. Anda juga boleh pilih warna untuk tulisan.

Cara Paparkan 'Maintenance Mode' di WordPress

Seterusnya, anda perlu pilih background untuk paparan maintenance mode di website anda. WP Maintenance Mode memberi anda 3 pilihan iaitu background color, upload an image to be used as background atau predefined image (pilihan gambar yang disediakan oleh WP Maintenance Mode).

Selepas anda memilih background, klik sahaja pada butang ‘Save settings’.

Langkah ke-3: Meletakkan ‘Countdown’ dan ‘Newsletter Signup’ di paparan maintenance mode (Pilihan)

Langkah ke-3 ini adalah pilihan anda. Anda nak letak boleh, tak nak pun takpe. Jika anda mahu pelawat website anda tahu tempoh website anda disiapkan atau dilancarkan, maka di bahagian Modules adalah tempatnya.

Di bahagian ‘Show Countdown’, pilih Yes dan pilih tarikh mula dan tempoh baki hari yang tinggal. Anda juga boleh pilih warna untuk masa tersebut.

Cara Paparkan 'Maintenance Mode' di WordPress

Anda boleh paparkan subscribe di mana pelawat website anda boleh isikan email mereka untuk menerima maklumat terkini daripada anda.

Cara Paparkan 'Maintenance Mode' di WordPress

Anda juga boleh paparkan icon social network anda. Cuma pilih Yes di bahagian ‘Show social network’ dan isikan link URL profil media sosial anda.

Cara Paparkan 'Maintenance Mode' di WordPress

Yang terakhir adalah di bahagian contact iaitu fungsi untuk paparkan informasi untuk dihubungi. Anda boleh gunakan pilihan ini dengan berikan alamat email untuk pelawat website anda menghubungi anda.

Cara Paparkan 'Maintenance Mode' di WordPress

Dan yang terakhir klik pada butang ‘save settings’ sebelum pratonton website anda.

Itu sahaja langkah-langkah untuk paparkan WP Maintenance Mode di WordPress. Semoga ianya dapat membantu anda.

Kredit: Freepik.com

Anda ada cadangan yang ingin anda tambah ataupun soalan yang ingin ditanya? Kongsikan cadangan atau soalan anda di bahagian komen di bawah.

2 Replies to “Cara Paparkan ‘Maintenance Mode’ di Website

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *