Dwayne Johnson: Sikap Tidak Mudah Mengalah Membawa Kejayaan

Dwayne Johnson: Sikap Tidak Mudah Mengalah Membawa Kejayaan

Dwayne Johnson atau The Rock sudah popular dalam arena wrestling lagi sekitar tahun 2000. Kemudian dia beralih ke dunia lakonan. Mesti ramai yang tengok filem-filem lakonan Dwayne Johnson sebab semuanya hit-hit belaka. Antaranya adalah The Mummy Returns, Tooth Fairy, Central Intelligence, Baywatch, beberapa siri Fast & Furious dan banyak lagi. Disebalik kejayaan dia dalam wrestling dan juga lakonan, mesti ramai tak tahu yang Dwayne Johnson sangat struggle untuk mencapai kejayaan ini.

Ayahnya menjadikan wrestling sebagai sumber pendapatan. Begitu juga dengan datuknya. Dwayne Johnson menganggap ayah dan datuknya sebagai hero dalam hidupnya. Tetapi, kerjaya dalam wrestling tidak mendapat banyak pendapatan. Ada satu masa yang keluarga Dwayne Johnson tidak ada apa-apa makanan untuk makan malam pada Thanksgiving. Mereka berdoa agar ada seseorang yang menjemput mereka untuk makan.

Pada suatu hari, ketika Dwayne Johnson balik ke rumah, beliau dapati pintu depan rumahnya dipalang. Terdapat satu notis yang bertulis “Notis Pengusiran”. Ibunya mula menangis dan berkata, “Di mana kita nak tinggal?”. Disebabkan situasi tersebut, ayah dan ibunya bercerai. Dengan tiada tempat tinggal dan ayahnya pergi membawa diri, Dwayne Johnson berasa tidak berdaya dengan keadaan tersebut.

Satu cara yang Dwayne Johnson merasakan dia boleh kawal adalah tangannya sendiri. Jadi, dia mula berlatih. Dwayne Johnson mula bermain football ketika di sekolah tinggi. Pelajaran dia juga semakin baik. Dwayne Johnson mendapat tawaran masuk di University of Miami.

Kemudian Dwayne Johnson berhijrah ke Kanada untuk bermain dalam pasukan profesional. Tetapi 2 bulan kemudian, dia disingkirkan daripada pasukan profesional tersebut. Keadaan ini menyebabkan Dwayne Johnson tiada sumber pendapatan dan tertekan. Di poketnya hanya ada $7 dolar sahaja ketika itu. Ini adalah keadaan Dwayne Johnson yang terburuk dalam hidupnya. 

Dwayne Johnson mengurungkan dirinya dalam apartment ibunya dan menangis. Dengan tiada rancangan dan tidak ada hala tujuan, Dwayne Johnson kembali semula ke tradisi keluarganya iaitu wrestling. Dia pergi mencari ayahnya. Pada mulanya, ayahnya menentang dengan keputusan Dwayne Johnson tetapi apabila melihat kesungguhan dalam bidang wrestling ini, ayahnya bersetuju untuk melatihnya. 

Ketika bermula dalam bidang wrestling, Dwayne Johnson tidak mampu untuk membeli peralatan sebenar untuk wrestling. Jadi, dia membeli knee pad bola tampar dan meminjam seluar wrestling daripada pak ciknya sebagai pakaian untuk wrestling. 

Dwayne Johnson memandu lebih 1000 miles untuk membuat kemunculan pertamanya dalam wrestling pada tahun 1996. Apabila dia sampai ke sana, promoter bertanya padanya adakah dia pernah wrestling sebelum ini. Dengan bangganya Dwayne Johnson berkata, “Wrestling sudah ada dalam darah saya.”

Dalam wrestling, Dwayne Johnson telah memenangi 7 wrestling championship dan kemudian dia beralih ke bidang filem. Dan, dalam bidang filem, Dwayne Johnson telah banyak membawa watak utama dan boleh dikatakan semua filem lakonannya hit-hit belaka. Inilah kisah Dwayne Johnson atau The Rock yang ramai tidak tahu. Semoga ianya menjadi motivasi untuk kita pula mencapai cita-cita kita tidak kira dalam apa bidang sekalipun. 

“Succes isn’t always about ‘Greatness’, it’s about consistency. Consistent, hard work gains success. Greatness will come.” – Dwayne Johnson @ The Rock

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *