Ed Sheeran – Struggle Demi Mencapai Cita-cita

Ed Sheeran

Ed Sheeran mula menyanyi dan bermain gitar sejak diawal umur 4 tahun. Ketika umur 15 tahun, dia adalah mangsa buli  dan benci dengan pembelajarannya di sekolah. Kemudian, dia buat pilihan untuk ubah hidupnya. Pilihannya itu mengejutkan keluarganya iaitu dia memutuskan untuk berhenti sekolah ketika umur 16 tahun dan ingin fokus dengan kariernya sebagai ahli muzik.

Tetapi perjalannya sebagai ahli muzik tidak seperti yang dia harapkan. Di London, dia tiada tempat tinggal dan menjadi homeless. Dia tiada wang dan tempat tidurnya adalah di stesen keretapi bawah tanah.

” I didn’t have anywhere to live for much of 2008 and the whole of 2009 and 2010″

Sepanjang tahun itu, dia meluangkan masanya buat persembahan di beberapa gig dari siang hingga ke malam. Dia perform sampai tak makan apa-apa. Pada tahun 2009, dia buat persembahan sebanyak 312 gig dan selalu perform di jalanan. Ini adalah masa yang paling sukar, katanya.

Tapi pada tahun 2011, hidupnya berubah 360 darjah. Beberapa lagunya menjadi viral di iTunes dan dalam 1 malam je EP lagunya mendapat tempat nombor 2 dalam carta iTunes. Di penghujung 2011 albumnya terjual sebanyak 801,000 copies dan mendapat tempat kelapan dalam Jualan Album Terbaik Tahunan.

Pada tahun 2017, Ed Sheeran keluarkan lagu ‘Shape of you’ yang mana lagu ni menjadi salah satu ‘Most Successful Songs Worldwide’ sepanjang zaman.

Hari ni, Ed Sheeran dikenali sebagai salah seorang penyanyi terbaik sepanjang zaman. Kisah Ed Sheeran ni mengajar kita untuk bersungguh-sungguh dan tidak putus asa untuk mengejar impian kita.

“Follow your passion, it will lead you to your purpose” – Ed Sheeran

Sumber: Born Realist

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *