Hantar Artikel Ke 5 Blog Sites Popular Ini

Hantar Artikel Ke 5 Blog Sites Popular Ini

Serlahkan diri dan bakat anda dengan hantar artikel ke blog sites yang popular. Tak kira anda minat dan ceburi bidang apa pun, kalau anda suka menulis artikel, anda boleh hantar artikel anda ke blog sites yang popular. Contohnya, anda minat travel, anda boleh menulis artikel tentang travel. Kalau anda minat movie, anda boleh menulis artikel tentang movie. 

Kenapa perlu hantar kat blog sites yang popular?

Sebab ramai pembaca la..hehe. Setiap blog sites ada requirement untuk siarkan artikel anda. Ikut sahaja requirement mereka dan artikel anda akan disiarkan. Contoh 5 blog sites popular ini yang anda boleh hantar artikel adalah:

1. The Vocket

Untuk hantar artikel anda kepada The Vocket, cuma PM mereka di Facebook atau hantar emel ke editorial@thevocket.com. Artikel anda mesti yang baik-baik je, ada ciri positif, berinspirasi dan tidak ada unsur negatif.

2. Semuanya Bola

Jika anda minat menulis artikel, kaki bola pulak tu, jadi anda boleh hantar artikel anda ke blog Semuanya Bola. Anda boleh menulis artikel tentang bola sepak dalam atau luar negara.

3. Tazkirah.net

Blog Tazkirah.net ini pula lebih kepada perkara-perkara yang islamik dan artikel lebih ringan dan mudah dibaca. Jika anda ada kepakaran, pengalaman atau sebarang info anda boleh kongsikan dengan menghantar artikel anda ke Tazkirah.net. Setiap artikel anda perlulah mempunyai sandaran yang jelas dari sudut agama.

4. Lobak Merah

Lobak Merah adalah blog yang menyampaikan artikel menarik yang senang dibaca dan dikongsi. Banyak isu-isu viral yang dikongsikan di blog Lobak Merah. Jika anda suka menulis artikel tentang isu-isu viral bolehla anda hantar artikel anda ke Lobak Merah. 

5. The Patriots

The Patriots adalah blog yang menyampaikan info-info yang lebih kepada fakta. Dan ada juga yang macam falsafah sikit. Jadi kalau anda minat menulis artikel tentang info-info yang lebih kepada fakta anda boleh hantar artikel anda ke The Patriots.

Jadi itu sahaja 5 blog sites popular yang anda boleh hantar artikel anda. Dapat bayaran ke tak, itu saya tak pasti. Cuma jika anda ada informasi yang berguna yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat luar sana, anda bolehla kongsikannya dengan cara menghantar artikel anda kepada 5 blog sites yang saya nyatakan di atas. Untuk tahu lebih lanjut, boleh pergi ke blog sites tersebut dengan klik pada nama blog sites yang berwarna itu. Tapi pastikan anda tahu tips penulisan blog supaya artikel anda menarik untuk dibaca. Selamat menulis blog.

Anda ada cadangan yang ingin anda tambah ataupun soalan yang ingin ditanya? Kongsikan cadangan atau soalan anda di bahagian komen di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *