Ingvar Kamprad – Melakukan Perniagaan Untuk Keluar Daripada Kemiskinan

Ingvar Kamprad - Melakukan Perniagaan Untuk Keluar Daripada Kemiskinan

Ingvar Kamprad dilahirkan dari keluarga yang miskin. Untuk makan pun keluarga Ingvar Kamprad menghadapi kesusahan. Disebabkan kehidupannya yang miskin, Ingvar Kamprad ingin keluar daripada kehidupan yang miskin itu.

Jadi dia dapat hentikan dirinya daripada menjadi bebanan ayahnya. Oleh sebab itu, diawal usia 6 tahun Ingvar Kamprad sudah mula menjual mancis dari pintu ke pintu. Ketika usia 10 tahun pula, Ingvar Kamprad menunggang basikal di kawasan kejiranan rumahnya untuk menjual ikan dan juga pensil.

Ketika kawan-kawannya meluangkan masa mereka dengan bermain bola dan dating dengan pasangan mereka, Ingvar Kamprad menghabiskan masa dengan berfikir untuk meluaskan perniagaanya. Selepas habis belajar di sekolah tinggi, Ingvar Kamprad mengambil keputusan untuk tidak menyambung pelajarannya kerana ingin memulakan perniagaanya sendiri dengan menggunakan duit simpanannya.

Ingvar Kamprad telah membina kedai perabot yang dinamakan IKEA di mana Ingvar Kamprad menjualnya dengan harga yang murah. Perniagaan Ingvar Kamprad telah berkembang dengan cepat disebabkan kedai perabotnya menawarkan harga yang murah.

Tetapi perniagaan Ingvar Kamprad mula mengalami kejatuhan apabila orangnya sendiri tidak menyokong beliau. Pesaing yang iri hati dengan Ingvar Kampard menghasut pelabur untuk boikot perniagaan Ingvar Kampard. Keadaan ini memaksa Ingvar Kampard untuk mengimport bahan pembuatan perabotnya dari negara lain.

Dengan semangat yang kuat, Ingvar Kamprad tetap bertahan dan tidak akan membiarkan pesaingnya jatuhkan dia. Hasilnya, setelah 5 dekad, perniagaan Ingvar Kamprad menampakkan perkembangan yang sangat besar. IKEA telah berkembang sebanyak 300 showrooms di seluruh dunia. Ingvar Kamprad telah memperolehi net worth sebanyak $58. 7 bilion menjadikan Ingvar Kamprad sebagai salah seorang manusia terkaya di dunia.

Walaupun Ingvar Kamprad seorang billionaire tetapi dia hidup dengan kehidupan yang sederhana. Ingvar Kamprad lebih suka memilih penerbangan kelas ekonomi ketika travel dan memandu sebuah kereta volvo model lama. Ingvar Kamprad telah membuktikan pada dunia bahawa,

“We don’t need flashy cars, impressive titles, or other status symbols. We rely on our strength and our will!” – Ingvar Kamprad

Kredit: Born Realist

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *