Jack Ma – Si Miskin Menjadi Billionaire

jack ma

Jack Ma dilahirkan dari keluarga yang miskin ketika China cultural revolution berada di kemuncak. Ketika di usia remaja, beliau selalu guide pelancong secara percuma hanya kerana ingin meningkatkan tahap penguasaan beliau dalam bahasa inggeris.

Beliau sedar hanya ada satu cara sahaja untuk keluar daripada kemiskinan iaitu melalui pendidikan. Jadi beliau mula memohon di pelbagai kolej tetapi permohonannya ditolak setiap satu daripadanya.

“Saya membuat permohonan di Harvard 10 kali tetapi ditolak dan berkata pada diri saya suatu hari nanti saya akan pergi kesana mengajar.”

Walaupun selepas memohon 30 pekerjaan, semua permohonannya ditolak dalam 3 perkataan, ‘awak tak bagus’. Dan bila beliau mohon pekerjaan di KFC, hanya beliau seorang sahaja yang ditolak daripada 24 orang yang memohon. Tapi, itulah yang membuatkan beliau lebih kuat.

Pada 1995, ketika internet sedang berkembang, beliau terkejut apabila tiada keputusan muncul dari China apabila beliau cari ‘beer’ di internet. Dan dari situ, beliau dapat satu idea iaitu pasaran secara online. Maka tertubuhlah syarikat Alibaba.

Walaubagaimanapun selepas beliau menubuhkan Alibaba, beliau tidak dapat buat keuntungan dan syarikatnya hampir bankrup. Jadi, beliau meminta 17 kawannya untuk melabur dalam visinya kerana dia percaya dengan ideanya. Dan sekarang ini seperti yang kita lihat, Alibaba menjadi antara e-commerce yang terbesar didunia.

Hari ini, Jack Ma adalah orang yang terkaya di China dan mempunyai nilai bersih sebanyak $31.4 bilion. Kisah Jack Ma mengajar kita bahawa jangan mengalah walaupun gagal banyak kali dan percaya pada diri sendiri.

“It’s never to late to believe in yourself” – Jack Ma

Sumber: Born Realist

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *