Leonardo Dicaprio – Kesungguhan Untuk Keluar Daripada Zaman Gelap Kanak-kanak

leonardo dicaprio

Kejayaan yang dikecapi oleh Leonardo Dicaprio sekarang bukanlah mudah seperti yang disangka. Dia terpaksa melalui halangan di usia yang masih kecil lagi. Dia membesar di kawasan perumahan yang bermasalah. Ibu bapanya bercerai ketika dia masih kanak-kanak. Dia melalui zaman kanak-kanaknya dengan hidup bersama ibu bapa yang berlainan dari satu masa ke masa yang lain (sering bertukar ibu bapa angkat).

Dia dibesarkan di kawasan kejiranan yang dikelilingi dengan jenayah, dadah dan juga aktivit pelacuran. Pengaruh daripada persekitaran telah meresap ke dalam persekolahannya. Dan dia sering ditimpa masalah di sana. Akhirnya, penat dengan masalahnya di sekolah dan juga dikelilingi dengan jenayah dalam hidupnya, Leonardo mencari jalan untuk bebas daripada kehidupan tersebut.

Dalam masa yang sama, dia sedar yang dia mempunyai bakat dalam lakonan. Jadi dia memutuskan untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam bakatnya itu. Dia merayu pada ibunya supaya membawa dia ke ujibakat supaya dia dapat lepaskan diri daripada kehidupan yang susah dan menyedihkan. Walaupun mempunyai 2 pekerjaan, ibunya membawa Leonardo pergi ke semua tempat ujibakat.

Kemunculan Leonardo bermula di iklan-iklan ketika berusia 14 tahun. Tapi dia tahu itu masih belum cukup. Jadi dia teruskan asah bakatnya dalam bidang lakonan. Leonardo akhirnya dapat menarik nafas lega apabila dia dapat watak utama dalam movie Titanic. Selepas daripada itu, karier lakonan Leonardo berkembang tanpa diduga.

Hari ini, Leonardo Dicaprio adalah salah satu selebriti yang tinggi bayarannya dengan nilai bersih sebanyak $235 million.

 

 “If you want to change your circumstance, create an opportunity. Don’t wait for one”. – Leonardo Dicaprio

Sumber: Born Realist

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *