Lionel Messi – Kekurangan Dirinya Bukan Penghalang Untuk Mencapai Kejayaan

Lionel Messi - Kekurangan Dirinya Bukan Penghalang Untuk Mencapai Kejayaan

Siapa yang tak kenal Lionel Messi? Mesti semua orang kenal kan. Disebalik kejayaannya dalam sukan bola sepak, terdapat kisah kesusahannya ketika di usia kanak-kanak. Lionel Messi berasa sangat sedih dengan kematian neneknya, Celia. Celia adalah support yang paling kuat Lionel Messi di dalam sukan yang diminatinya, bola sepak. Celia selalu membawa Lionel Messi ke semua latihan dan perlawanan bola sepak. 

Lionel Messi adalah pemain yang terkecil dalam pasukan bola sepaknya. Tetapi walaupun kecil, Lionel Messi selalu menjadi yang terbaik dalam pasukannya. Doktor mengesahkan bahawa Lionel Messi telah mengalami Growth Hormone Deficiency, iaitu suatu keadaan yang membantutkan tumbesarannya dan memberhentikan dia daripada membesar secara normal rate untuk seorang budak lelaki.

Pelan kesihatan insurans bapanya pula tidak mampu untuk cover kos perubatan Lionel Messi yang mahal. Banyak kelab bole sepak yang berjanji untuk membayar kos perubatannya tetapi tidak mampu menunaikannya ketika ekonomi Argentina mula jatuh. Akhirnya, ada juga kelab bola sepak yang bersetuju untuk membayar kos perubatan Lionel Messi tetapi ada syarat yang diberikan. Iaitu hanya apabila Lionel Messi mahu berpindah daripada Argentina ke Sepanyol. Ketika usianya 13 tahun, seluruh ahli keluarganya berpindah jadi Lionel Messi boleh menyertai satu kelab youth team yang sangat popular dan hebat iaitu kelab bola sepak Barcelona. 

Kehidupannya bermula agak sukar untuk menyesuaikan diri selepas menerima rawatan tersebut. Lionel Messi menjadi sangat pemalu sehinggakan ahli pasukannya menyangka yang Lionel Messi ni seorang yang bisu. Setiap hari, Lionel Messi berlatih lebih lama dan susah berbanding dengan ahli pasukannya yang lain disebabkan saiznya yang kecil. Setiap malam selama 3 tahun, Lionel Messi terpaksa cucuk jarum kedalam kakinya untuk memberi dos pembesaran hormon bagi dirinya. Hanya apabila Lionel Messi menghabiskan rawatannya, barulah dia akan membesar dengan baik.

Sehingga sekarang, Lionel Messi masih meraikan jaringannya dengan memandang ke atas sambil jarinya menunjuk ke langit sebagai tribute untuk neneknya, Celia. Kini, Lionel Messi menjadi salah seorang pemain terbaik bola sepak  sepanjang zaman dan sering memenangi banyak anugerah antaranya Lionel Messi telah menerima sebanyak 5 anugerah Pemain Terbaik Dunia, FIFA Ballons d’Or.

“You can overcome anything, if and only if you love something enough.” – Lionel Messi

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *