Robert Downey Jr – Daripada Penagih Menjadi ‘Tony Stark’

Robert Downey Jr - Daripada Penagih Menjadi 'Tony Stark'

Siapa yang tak kenal Robert Downey Jr ni.. Seorang Ironman dan juga seorang ahli Avengers. Disebalik kejayaan dan populariti Robert Downey Jr dalam industri filem, terdapat kisah hitam yang pernah beliau lalui. Seperti kisah superhero yang kita lihat,  Robert Downey Jr hampir berputus asa dengan hidupnya tetapi berjaya bangkit melawan kejahatan dirinya sendiri. Ianya bermula waktu Robert Downey Jr masih kanak-kanak lagi.

Ayah Robert Downey Jr pernah memaksanya menghisap ganja waktu umurnya 6 tahun. Ayah Robert Downey Jr adalah seorang pembuat filem yang ketagihan dengan dadah. Penglibatan ayahnya dengan dadah telah membawa Robert Downey Jr turut terlibat sekali dengan dadah kerana ayahnya merasakan itu adalah perkara yang akan membuatkan mereka rapat sebagai seorang ayah dan anak.

“Ianya seperti dia cuba untuk menunjukkan kasih sayangnya kepada saya dalam satu-satunya cara yang dia tahu bagaimana untuk lakukan” – Robert Downey Jr

Selepas ibu bapanya bercerai, Robert Downey Jr berpindah ke California bersama dengan ayahnya. Ketika waktu ini, dia sering mengambil alkohol dan dadah setiap malam. Di tengah-tengah kekacauan itu, Robert Downey Jr berhenti dari sekolah dan mengambil keputusan untuk membina kerjaya dalam bidang lakonan.

Robert Downey Jr begitu fokus dalam kerjayanya dan mengambil apa sahaja peluang lakonan yang ada. Robert Downey Jr diterima bekerja dalam rancangan Saturday Night Live. Tetapi, ianya tidak bertahan lama kerana Saturday Night Live telah jatuh ratings pada tahun itu dan Robert Downey Jr telah dipecat.

Walaupun dipecat, Robert Downey Jr masih meneruskan kerjayanya dengan mengambil lakonan dengan watak yang kecil di dalam filem yang popular seperti Weird Science. Dan kemudian Robert Downey Jr mendapat watak yang lebih besar di dalam Less than Zero di mana beliau memainkan watak sebagai penagih dadah yang hidup di luar kawalan. Lakonannya mendapat pujian yang meluas keranan lakonannya yang bagus dan matang.

Tetapi, Robert Downey Jr merasakan dia melakonkan watak dirinya sendiri iaitu seorang penagih dadah dan dia pergi ke pusat pemulihan sendiri untuk memulihkan dirinya. Selepas beberapa lama di pusat pemulihan, Robert Downey Jr sudah bersih daripada najis dadah dan bersedia untuk kembali ke kerjayanya dengan bersedia untuk watak yang besar iaitu sebagai Charlie Chaplin. Untuk watak Charlie Chaplin, Robert Downey Jr belajar bermain violin dan belajar menggunakan tangan kiri (kidal).

Lakonannya sebagai Charlie Chaplin telah membuatkan Robert Downey Jr tercalon untuk anugerah Oscar. Tetapi, walaupun Robert Downey Jr telah mengecapi kejayaan, dadah masih menghantuinya. Beliau masih tidak dapat meninggalkan ketagihan dadah dan itu membuatkan Robert Downey Jr berada dalam tekanan. Beliau pernah ditangkap dan dimasukkan di dalam penjara beberapa kali.

Isterinya telah berputus asa dengan Robert Downey Jr dan meninggalkannya bersama dengan anak mereka. Robert Downey Jr berasa tidak tentu arah, penat dan terdesak untuk meminta bantuan, dia kembali semula ke pusat pemulihan. Semasa di pusat pemulihan, Robert Downey Jr telah melakukan meditasi, yoga dan juga kung fu. 

Selesai tempoh pemulihan, Robert Downey Jr mempunyai azam baru dalam kehidupannya dan ingin hidup tanpa terlibat dengan dadah lagi. Isteri keduanya telah memberikannya satu kenyataan bahawa ingin teruskan hidup tanpa dadah lagi atau Robert Downey akan kehilangan dia (isteri). Kali ini, dia telah berazam untuk tinggalkan dadah sepenuhnya. 

Segala kerja kerasnya berbaloi apabila dia mendapat tawaran memegang watak superhero, Iron Man dimana membawa keuntungan mencapai sehingga nilai billion dan mendapat nama antara pelakon yang paling berpengaruh di dunia.

Selain memegang watak superhero di dalam filem, di dunia nyata juga Robert Downey Jr adalah seorang hero. Beliau meluangkan banyak masanya dengan kanak-kanak yang sakit atau yang ingin mendapatkan bantuan. Robert Downey Jr melawat mereka di hospital dengan gaya seperti Tony Stark. Beliau pernah memberikan sebuah tangan bionik kepada seorang kanak-kanak lelaki. 

Pernah bergelut dengan dadah, Robert Downey Jr juga memberikan penagih-penagih bantuan yang mereka perlukan untuk memulihkan diri mereka. Kisah inspirasi Robert Downey Jr membuat comeback daripada najis dadah adalah bukti yang anda masih boleh kembalikan hidup anda ke arah yang lebih baik. 

“People rise out of the ashes, because they are invested in the possibility of triumph over seemingly impossible odds.” – Robert Downey Jr 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *