Roger Federer – Ubah Sikap Buruk Mendatangkan Kejayaan

Roger Federer - Ubah Sikap Buruk Mendatangkan Kejayaan

Roger Federer dilahirkan dalam keluarga yang kaya. Disebabkan itu, Roger Federer lebih banyak membelanjakan wang daripada memperolehnya. Di usia muda, Roger Federer mempunyai minat dalam sukan tenis. Dan Roger Federer selalu kata yang dia akan menjadi pemain terbaik dalam dunia ni dalam sukan tenis. Tetapi, orang ramai ketawakan dia. Walaupun sukar, Roger Federer menunjukkan kesungguhannya dalam sukan tenis.

Tapi, sikap cepat marahnya menjadi masalah dalam kariernya. Roger Federer selalu mencampak dan menyepak raketnya di dalam gelanggang ketika perlawanan. Disebabkan itu, ibu bapa Roger Federer risau dengan anaknya yang ada masalah cepat marah. Mereka lakukan apa sahaja yang termampu untuk mengubah masalah sikap cepat marah Roger Federer. Tetapi, itu hanya menambahkan kekecewaan Roger Federer.

Pada masa itu, Roger Federer mula luangkan lebih banyak masa bersama dengan jurulatihnya. Jurulatihnya nampak yang Roger Federer ada potensi yang besar. Tetapi, Roger Federer tidak mampu memberikan persembahan yang baik kerana isu sikap cepat marahnya itu.

Jadi jurulatihnya mula mengajar Roger Federer kepentingan sikap yang lebih sopan dan ramah sambil melatihnya dalam sukan tenis. Dan apabila Roger Federer mula berada di landasan yang betul dalam kehidupan dan kariernya, jurulatihnya mati dalam kemalangan kereta. Roger Federer amat terkejut dengan kehilangan mentornya. Dan dia tahu yang dia akan melalui kariernya sendiri sekarang. Pada ketika itu dalam hidupnya, Roger Federer memutuskan untuk menjadi lelaki yang lebih baik dan dihormati.

“It’s enough I can’t stand it watching me throw rackets and embarrass myself in front of thousand of people in a live stadium so I tried to change. I had quite a transformation from a screaming racket throwing, swearing kind of brat on the tennis court to this calm guy you know today.”

Roger Federer mula mengubah sikapnya dan mengatasi sikap cepat marahnya itu. Dengan perubahannya itu, Roger Federer mendapat ranking nombor 1 dalam sukan tenis dan memenangi setiap kejohanan sepanjang itu.

Hari ini, Roger Federer adalah antara ahli sukan yang dihormati di dunia ini.

“You will not grow if you are not willing to change yourself” – Roger Federer

Sumber: Born Realist

One Reply to “Roger Federer – Ubah Sikap Buruk Mendatangkan Kejayaan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *