Kenali Saya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sebelum saya cerita serba sedikit tentang diri saya, saya ingin mengucapkan selamat datang ke blog saya. Semoga anda dapat manfaat daripada perkongsian saya di blog ini. Dan jika anda rasa perkongsian saya membawa manfaat kepada masyarakat, anda boleh share artikel saya ni di media sosial anda. Bak kata orang putih, “Spread the goodness”.

Sedikit info ringkas tentang diri saya. Nama saya Muhammad Faris Naqib Bin Jaafar. Anak kedua daripada 7 adik beradik. Saya lahir bulan Julai tahun 19xx (rahsia, hehe). Saya minat dalam bidang fitness seperti bodyweight workout, rock/wall climbing dan menonton movie.

Selepas SPM, saya menyambung pelajaran di peringkat Diploma di UiTM Seri Iskandar, Perak mengambil jurusan Office Management & Technology. Dan menyambung Bachelor Degree dalam jurusan yang sama iaitu Office System Management di UiTM Puncak Alam.

Saya pernah bekerja di beberapa buah syarikat dalam bidang pendidikan dan juga perkhidmatan. Dan sekarang ini saya bekerja sebagai Junior Trainer di Irfan Khairi Sdn Bhd (IKSB) yang membantu mereka yang ingin menjalankan perniagaan internet dengan menyertai program di IKSB iaitu Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial.

Saya rasa itu sahaja serba sedikit tentang diri saya. Kalau ingin berkenalan dengan lebih lanjut boleh follow saya di media sosial seperti Facebook.

Akhir kata, Assalamualaikum dan selamat berkenalan. Peace..