Facebook telah memperkenalkan customer chat plugin iaitu satu medium live chat di website/blog yang menggunakan facebook messenger. Jadi anda tak perlu lagi pening-pening kepala mencari plugin live chat lain untuk digunakan di website.
Anda boleh terus balas pertanyaan pelawat anda di facebook messenger pada bila-bila masa sahaja. Anda tak perlu memasuki admin dashboard wordpress atau install mana-mana aplikasi live chat di telefon bimbit untuk membalas mesej seperti plugin live chat yang lain. Mudah kan? Jadi, hanya ikut tutorial di bawah anda boleh gunakan facebook messenger di website anda:
Langkah 1:
Selepas log in website/blog anda, di bahagian menu dashboard, pergi ke Plugins dan klik Add New.
Langkah 2:
Kemudian, di ruangan sebelah Keyword, taip messenger customer chat. Anda akan nampak banyak plugin facebook messenger. Di sini, anda pilih Messenger Customer Chat by Facebook dengan klik Install Now.
Langkah 3:
Selepas install, anda klik pula button Activate.
Langkah 4:
Selesai activate, klik Customer Chat di bahagian menu dashboard.
Langkah 5:
Di paparan messenger customer chat settings ini, klik Setup Customer Chat.
Langkah 6:
Akan keluar automatik satu windows customer chat setup. Di sini, klik Select Page untuk pilih facebook page yang anda ingin gunakan sebagai customer chat anda.
Langkah 7:
Selepas pilih facebook page, klik Continue.
Langkah 8:
Anda akan dibawa ke paparan ini. Di sini, klik Next.
Langkah 9:
Di bahagian Greeting Message ini, anda boleh ubah ucapan anda di bahagian greeting. Ucapan anda akan muncul seperti di paparan preview. Untuk mengubah greeting, klik Change.
Langkah 10:
Ubah ayat anda di ruangan yang disediakan. Jika sudah klik Save dan kemudian klik Next.
Langkah 11:
Seterusnya di bahagian Response Time, ada 6 pilihan response time yang anda boleh pilih. Ianya akan tertera di paparan seperti di preview.
Selain itu, anda boleh juga mengubah warna customer chat tersebut di bahagian Appearance mengikut warna tema website/blog anda. Klik di ruangan nombor kod tersebut dan kemudian masukkan kod warna pilihan anda.
Jika mahu kembali, klik Back atau jika sudah selesai klik Finish.
Langkah 12:
Jika anda sampai di bahagian ini, klik Done. Jika ada perubahan yang ingin anda lakukan, klik Back.
Langkah 13:
Kembali semula ke admin website/blog anda. Anda akan dapati di paparan customer chat anda ada kod yang Code Snippet yang telah ditambah di dalam website/blog anda. Klik Save Changes untuk pastikan facebook messenger chat anda telah dimasukkan di dalam website/blog anda.
Langkah 14:
Pergi ke button home dan klik Visit Site untuk melihat facebook messenger anda.
SELESAI!
Facebook messenger chat telah berjaya di masukkan di dalam website/blog anda.
Macam mana? Mudah kan? Apabila pelawat chat now, mesej akan sampai terus ke facebook messenger anda. Jadi anda boleh balas dengan pantas mesej pelawat website/blog anda.
Jika anda ada cara senang lagi, boleh kongsikan di ruangan komen. Atau jika ada sebarang soalan, boleh kongsikan juga di ruangan komen.
Kredit: Photo by Tracy Le Blanc from Pexels